Kehakiman Mesti Buka Proses Pelantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 – “Kehakiman mesti membuka proses perlantikan kepada pengaruh luar. Ini akan membuat hakim lebih bebas dan tidak terikat dan terpengaruh dengan politik dalaman semata2.”
Ini jawapan balas peguam, Lukman Sheriff di Facebooknya, atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pelantikan hakim perlu bebas sepenuhnya daripada eksekutif.
BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin
BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim
“Dengan segala hormat, saya tidak bersetuju. Isu ini dalam. Judiciary must be connected to the society. Samada kita boleh ikut sistem US di mana legislatif dan eksekutif berperanan melantik hakim atau di UK di mana orang awam yang tidak berkepentingan mempunyai pengaruh majoriti melantik kehakiman,” tegas Lukman Sheriff.
Beliau selanjutnya memberi contoh berikut: “Misalnya, katalah ketua hakim sesebuah negara korup. Kalau proses perlantikan hakim negara tu bergantung semata2 kepada perlantikan dalaman, hanya hakim2 yang sekepala dan kroni ketua hakim atau hakim2 besar akan di lantik.”
Tegas Lukman lagi, kerana itulah di Amerika Syarikat, proses semak dan imbang dibuat oleh pihak legislatif/ eksekutif manakala di UK pula dilakukan oleh orang biasa.
Hal ini penting kerana, “Kalau tidak kita akan ada sistemik problem. Hakim2 boleh terpisah dari masyarakat dan dalam “echo chamber” tersendiri.”
Baru-baru ini, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu dipinda bagi memastikan badan kehakiman bebas sepenuhnya daripada eksekutif.