Tempatan

Kegiatan Khurafat di Gunung Jerai? JHEAIK Akan Pantau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 31 Mei 2022 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) akan pantau aktiviti-aktiviti keagamaan di seluruh negeri susulan tularnya video ritual amalan yang dianggap khurafat di atas Gunung Jerai beberapa hari lalu.

Pengarah JHEAIK, Datuk Mohd. Yusri Daud, beliau mengatakan sedemikian setelah menerima aduan mengenai video yang berdurasi seminit itu daripada orang awam.

Katanya, Bahagian Penyelidikan JHEAIK akan mengadakan sesi-sesi penerangan di seluruh negeri bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berhubung bahayanya amalan-amalan khurafat.

Malah, beliau turut meminta kerjasama dari masyarakat untuk sentiasa peka dan melaporkan sebarang maklumat mengenai aktiviti yang menyimpang dari agama Islam untuk diambil tindakan.

Bukan itu sahaja, beliau turut berharap agar para pendakwah dan asatizah untuk menyampaikan ilmu berdasarkan fakta yang berpandukan sumber dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, beliau mengatakan bahawa amalan sesetengah pihak yang mandi di Gunung Jerai itu tidak boleh dianggap khurafat kerana ia bergantung kepada niat individu terbabit.

“Mandi tak khurafat, mandi ok saja macam mandi di Telaga Tok Syeikh sama macam mandi di rumah dan air terjun, ia sama kerana kedua-duanya guna air, namun ia bergantung kepada niat orang itu,”

“Dahulu Gunung Jerai menjadi tempat pedagang dan ada tapak masjid dan tapak padang saf dan makam Syeikh Abdullah Yamani. Mungkin tempat macam itu menjadi tarikan orang kerohanian, mungkin dia tak puas (beramal) di rumah, kalau tak salah tidak mengapa,”

“Ada orang yang naik meratib, naik bertapa, ada orang naik (untuk) rekreasi, ada orang anggap air telaga itu boleh dibuat ubat, jadi saya serah kepada pihak berkuasa untuk siasat benda-benda macam ini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: