Antarabangsa

Keganasan Junta Tentera Myanmar: Kampung & Penduduknya Dibakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MYANMAR, 14 Mei 2023 – Dua tahun setelah berlakunya rampasan kuasa di Myanmar, keganasan terus menerus yang dilakukan oleh tentera Junta secara besar-besaran di negara yang mempunyai sekitar 53 juta rakyat itu masih belum menemui penghujung.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa pihak tentera zalim itu telah membunuh sekurang-kurangnya 2,940 orang awam serta telah memenjarakan lebih daripada 17,000 orang.

BACA JUGA: Semasa Insiden Natrah, Cina & India Bersama Orang Melayu

BACA JUGA: Sekatan Saliran, Telaga Tiub Inisiatif Baik Elak Kebakaran Musim Panas

BACA JUGA: Malaysia Berhenti Laksana Ujian Klinikal Haiwan, Kini Libatkan Manusia

Perkara yang berlaku itu telah menjadikan Myanmar kini dilanda malapetaka bagi hal berkenaan hak asasi manusia.

Tentera negara tersebut sewenang-wenangnya melancarkan siri serangan udara, tembakan-tembakan meriam serta bertempur dengan kumpulan-kumpulan yang menentang pemerintahan tentera. Ini termasuklah kelompok bersenjata daripada beberapa etnik serta kelompok militia yang terdiri daripada orang awam yang dikenali sebagai People’s Defence Forces (PDFs).

Malapetaka yang terjadi di negara tersebut kini telah membuatkan 1.5 juta warga daripada Myanmar menjadi pelarian manakala 17.6 juta lagi berada di dalam keadaan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Beberapa laporan menyatakan bahawa antara kawasan yang paling tegang di negara tersebut adalah di daerah Sagaing, di mana hampir setiap hari terjadinya pertempuran di antara pihak pemberontak dan tentera yang melibatkan serangan udara, pengeboman serta pembakaran kediaman orang awam.

PBB menyatakan bahawa mereka telah merekodkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 1,200 pembunuhan telah berlaku di Sagaing dan puluhan ribu rumah kediaman telah dimusnahkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: