Kedutaan India Berani Bertindak Di Luar Diplomatik Kerana Kerajaan Malaysia Lemah – Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2022 – “Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bukit Aman gagal strategize dan tak tahu untuk ambil legal action terhadap ekstremis Hindu,” tegas pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dato’ Profesor Haji Mahamad Naser bin Disa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai isu yang sedang hangat dibicarakan di mana baru-baru ini kumpulan NGO Islam yang membantah tindakan biadab Jurucakap Nasional BJP India menghina Nabi Muhammad S.A.W. mendedahkan mereka telah dilayan dengan cara tidak sepatutnya oleh Kedutaan Besar India di Malaysia ketika menghantar memorandum bantahan ke sana.
Sehingga daripada itu, timbul persoalan, sebagai sebuah negara yang mendakwa demokrasi terbesar dunia, adakah layak pejabat kedutaan India ini mengambil sikap sedemikian?
Menurutnya, sudah tentu jika Kerajaan tegas, perkara sedemikian tidak mungkin akan berlaku.
Beliau yang merupakan Profesor Industri UniSZA itu berkata, sebab itu kita dapat lihat betapa Kedutaan India boleh bertindak di luar diplomatik.
Tegasnya, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bukit Aman perlu bertindak lebih tegas dan pantas selain merangka gerak kerja yang lebih strategik.
Bagaimanapun, yang paling penting kerajaan mesti tahu untuk mengambil legal action terhadap bukan sahaja ekstremisme Hindu yang semakin melampau hari ini, malah, semua bentuk perlakuan keterlaluan yang berlaku sama ada secara individu mahupun berkumpulan agar negara ini dapat terus berada di landasan sebenar sekaligus keamanan dan kemajuan dapat terus dicapai dan dipertahankan,” ujarnya.
Terdahulu, bantahan NGO-NGO Islam ini bukan sahaja disebabkan oleh penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W., tetapi juga disebabkan oleh peningkatan kes-kes penindasan di India yang dilakukan oleh pemerintah India.
Malaysia Juga Bakal Menjadi Medan Islam Bashing
Tambah beliau lagi, perbuatan kelompok Hindutva sama seperti Radikal Evangelis yang didalangi zionis Kristian bertekad untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari agenda ekstremis Kristian evangelis atau agenda ekstremis Hindu.
Menurut Dato Mahamad Naser, kegiatan ekstremis mereka yang berlatarbelakangkan keganasan terbukti telah berlaku di Palestin dan negara-negara arab yang US labelkan sebagai penaja pengganas hingga tercetus Arab Spring yang menghancurkan negara-negara berkenaan.
Manakala, tegas beliau, kekejaman ultra nasionalis Hindu telah meragut nyawa beribu-ribu umat Islam di India, sampai ke hari ini.
Justeru, jika MKN masih enggan menyiasat kegiatan penderhakaan mereka di bawah Penal Code, mungkin Malaysia juga bakal menjadi medan Islam Bashing yang tak tertanggung oleh generasi ummah akan datang,” tegasnya mengakhiri kenyataan.