Tempatan

Kedudukan Islam Terpelihara Di Bawah Perlembagaan – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2023 – “Sebenarnya tindakan saman ini bukan secara terus memberi kesan kepada kehidupan Islam sebab kedudukan Islam terpelihara di bawah Perlembagaan,” ujar Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.

Cuma soalnya, adalah bagaimana hukum-hukum syarak Islam boleh dimartabatkan sebab antara caranya adalah supaya enakmen-enakmen digubal untuk menentukan hukum-hukum syarak itu dijadikan undang-undang di bawah kerangka Perlembagaan.

“Di tahap itulah tindakan saman ini secara tak langsung memberi kesan melalui percubaan untuk pembatalan seksyen tersebut,”katanya.

Jelasnya, perkara ini, secara langsung tidak memberi kesan sebab Islam tidak dicabar, yang dicabar adalah bagaimana cara enakmen itu digubal, bagaimana caranya enakmen itu nak dihidupkan, nak diselamatkan dari sudut itu ianya boleh dikatakan mencabar enakmen kerana asas alasan cabaran adalah ianya konon bertindan dengan hak orang bukan Islam di bawah Perlembagaan berhubung penentuan agama anak-anak mereka.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan bagaimanakah tindakan saman tersebut mampu memberi kesan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Terdahulu, Indira Gandhi dan berbelas yang lain telah memfailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan undang-undang yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral di 8 negeri di Semenanjung.

Ini adalah lanjutan kemenangannya di mahkamah pada 5 tahun lepas yang membatalkan pengislaman 3 anak beliau oleh suami beliau yang telah memeluk Islam.

Jika beliau berjaya, bermakna 8 buah negeri yang masih membenarkan pengislaman anak secara sebelah pihak (unilateral) akan dengan sendirinya terbatal. Negeri-negeri itu adalah Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Tambah Haniff, kita percaya bahawa peruntukan tersebut yakni peruntukan Islam sah kerana tafsiran yang diberi oleh Mahkamah Persekutuan kepada hak orang bukan Islam di bawah Perkara 12(4) adalah salah, itu fahaman kita dan kita perlu betulkan balik keputusan atau takrifan Perkara 12(4) yang salah di mana mereka telah menggunakan versi bahasa Inggeris.

Ujarnya, yang keduanya dalam menggunakan versi bahasa Inggeris mereka telah memberi takrif bahawa perkataan singular parent adalah termasuk jamak iaitu ibu dan bapa.

Padahal, kita mempunyai pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan di mana perkataan singular parent digunakan dan beberapa keadaan di mana perkataan jamak digunakan ibu dan bapa.

Jadi, kalau dah ada 13 peruntukan yang membeza-bezakan penggunaan “parent” dan “parents”, maka kita tidak boleh secara automatik merujuk kepada Bahagian seksyen tafsiran iaitu mana-mana perkataan “singular” termasuk “plural” itu kalau tidak digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza, tapi dalam Perlembagaan dalam teks Bahasa Inggeris sekalipun sudah ada penggunaan di 13 keadaan yang berbeza-beza.

“Kita cuma nak memperbetulkan apa yang kita percaya adalah landasan salah tafsiran dalam kes Indira Gandhi (2018) iaitu selepas kes Subashini pada tahun 2008 membuat keputusan bagi kita adalah betul berpandukan kepada maksud semangat dan roh perkara 12(4) dengan merujuk kepada takrifan ataupun penggunaan frasa teks Bahasa Melayu.”

Tapi pada tahun 2018, Mahkamah Persekutuan telah mengandaikan bahawa tidak ada Perlembagaan Bahasa Melayu dan andaian itu mereka telah guna pakai teks Bahasa Inggeris. Itu permasalahan pertama.

Yang kedua pula dalam mengguna pakai teks Bahasa Inggeris, Mahkamah Persekutuan telah gagal untuk melihat terdapat 13 keadaan dalam Perlembagaan di mana penggubal telah menggunakan kadang-kadang perkataan “parent” dan kadang-kadang “parents” yang bermaksud kalau mereka perhatikan benda itu bermaksud ada tujuan khusus apabila satu-satu perkataan “parent” digunakan dalam Perkara 12(4) tanpa boleh merujuk kepada seksyen takrifan iaitu sesuatu yang “singular” termasuk yang “plural”, di situ salah kedua Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi (2018).

Jadi kedua-dua perkara ini kita nak betulkan melalui hujah-hujah kita yang disampaikan dalam kes Loh Siew Hong, dan akan kita sedaya upaya dengan kebijaksanaan penasihat-penasihat undang-undang negeri sebanyak 8 negeri ini dan dibantu oleh pihak Majlis Agama Islam masing-masing serta peguam-peguam swasta jika dilantik oleh Majlis-Majlis Agama ataupun diminta bantuan secara terus oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri kelapan-lapan negeri terbabit.

Justeru, saya percaya dalam kes ini perkara yang telah saya huraikan tadi iaitu pemerkasaan, pemertabatan, pemeliharaan hukum syarak melalui tafsir yang betul kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri akan dilakukan, Insya Allah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: