Tempatan

Nahas Pesawat: Kerajaan Pahang Biayai Segala Kos Termasuk Pengebumian Mangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 19 Ogos 2023 – Kerajaan negeri Pahang akan membiayai segala kos termasuk urusan pengebumian mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie, Bandar Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembiayaan tersebut termasuk kos pengurusan mayat dan pengebumian jenazah kesemua mangsa nahas pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia.

Ujarnya, “Semua mangsa nahas penumpang pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia pun kita boleh tanggung.”

BACA JUGA: Kos Bahan Binaan Bakal Meningkat Lagi

BACA JUGA: Cuaca Lembap Boleh Kurangkan Kesan Jerebu Kalimantan – METMalaysia

BACA JUGA: Tular 54K Warga China Dalam Proses Warganegara: Penjelasan KDN

Tambah beliau, tragedi itu sungguh mengejutkan bahkan ia sangat menyedihkan apabila salah seorang mangsa terlibat adalah Exco Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Menurutnya Wan Rosdy, “Kali terakhir saya bertemu dengannya pagi tadi dalam mesyuarat di Langkawi. Selepas sahaja tamat mesyuarat, dia telah bergegas pulang untuk urusan.”

Pada masa sama, beliau menyifatkan Johari sebagai seorang pemimpin yang komited, selalu melontarkan idea dan cadangan dalam memastikan kebajikan rakyat Pahang terjaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: