TempatanTerkini

Kedai Makan Dibenar Buka 6 Pagi Hingga 10 Malam

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2021 – Sidang mesyuarat Kementerian Pertahanan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021 (Isnin).

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021”, ujar Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri.

Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.

Ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di ICU pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10%.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button