Tempatan

Kedah Dilanggar Puting Beliung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUKIT KAYU HITAM, 27 Januari 2022 – Pengguna media sosial dikejutkan dengan satu kejadian puting beliung dipercayai berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.

Dalam rakaman video tular itu, angin kencang yang membentuk fenomena berkenaan dilihat menerbangkan barang-barang yang berada di sekitar kawasan tersebut menimbulkan ketakutan penduduk yang berada di tempat kejadian.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Buat masa ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku. Ini bukan kali pertama kejadian melibatkan puting beliung berlaku di Kedah.

Pada November 2019 lalu, sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan teruk termasuk bumbung diterbangkan angin dalam kejadian puting beliung di Kampung Padang, Mukim Tajar yang berlaku dalam masa seminit.

Manakala tahun 2014 pula menyaksikan, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk selepas dilanda puting beliung yang berlaku pada jam 3 petang di sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: