Tempatan

Etnik Minoriti Wajar Dilantik Jawatan Timbalan Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – Barisan pemimpin etnik minoriti seperti seperti Bidayuh, Lun Bawang, Kayan atau Kenyah, Melanau serta Iban harus diberikan peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau menyokong penuh cadangan untuk melantik lebih ramai Ahli Parlimen etnik Dayak sebagai Timbalan Menteri.

“Ahli-ahli Parlimen daripada kaum-kaum berkenaan sudah terbukti berkebolehan serta berpengalaman berkhidmat selama beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen, Senator, Timbalan Menteri dan salah seorang daripada mereka pernah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.”

Oleh itu, pengalaman luas barisan pemimpin ini haruslah diberi pertimbangan bagi mengisi jawatan kosong Timbalan Menteri di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak dilupakan, Ahli Parlimen daripada komuniti Cina Sarawak juga perlu diberi peluang untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri termasuklah calon daripada parti DAP.”

Walau bagaimanapun beliau menghormati keputusan yang bakal dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sebagai pemimpin yang mewakili etnik Dayak dalam GPS, beliau hanya membawa sentimen dan harapan masyarakat Dayak Sarawak kepada Kerajaan Pusat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: