Tempatan

Kecuaian Punca Kereta Api Bawa 70 Penumpang Rempuh Dua Kenderaan Jabatan Veterinar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 19 Ogos 2022 – Sebuah kereta api yang sedang membawa 70 orang penumpang merempuh dua buah kenderaan di lintasan rata persimpangan bertingkat Jalan Lintas-Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang semalam.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, kereta api empat gerabak dari Beaufort ke Kota Kinabalu itu telah merempuh sebuah pacuan empat roda dan lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) susulan palang keselematan tidak berfungsi.

Rempuhan yang berlaku menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian badan pacuan empat roda itu, kerosakan minimum pada lori manakala kereta api empat gerabak itu pula mengalami kerosakan sedikit di bahagian penutup enjin.

Bagaimanapun, tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kejadian dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata, lapor sebuah portal tempatan.

“Ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata terbabit menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api tiba di lintasan rata itu.”

“Akibatnya kereta api bertembung dengan lori dan pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS). Kedua-dua kenderaan ini bergerak dari Jalan Lintas-Kepayan menuju ke KKIA.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: