Antarabangsa

Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Dalam Suasana Normal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 04 Mei 2022 – “Ini perhimpunan pertama kami anjurkan dalam tempoh tiga tahun. Bilangan tetamu terhad tetapi tahun ini kami dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana normal.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Hidayat Abdul Hamid sewaktu beliau serta pelajar dan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menetap di New Delhi berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa lalu secara normal selepas tiga tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke India, Alaihuddin Taha dan pegawai diplomat Brunei yang lain turut sama menyertai rakyat Malaysia bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Rumah terbuka kami hari ini disertai rakyat Malaysia daripada pelbagai komuniti. Kami berharap situasi pandemik akan bertambah baik dan keadaan kembali normal tidak lama lagi untuk membolehkan kami lebih banyak berinteraksi dengan komuniti di New Delhi,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: