Iqtisad Pribumi

Kartel vs Monopoli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Sesetengah orang politik suka mengulang wirid “Monopoli” di samping “Rasuah”. Tapi ia tak lebih daripada propaganda politik saja.

Monopoli ialah istilah kosong. Penggunaan dalam dunia moden dah tak terpakai. Istilah monopoli dicipta pada zaman antiquity iaitu pada 700 sebelum masehi oleh Aristotle, ahli falsafah Yunani. Ia ialah perkataan yunani bermaksud, Mono (Satu) dan Poli (Jual) maknanya satu orang jual. Monopoli ini pada zaman dulu jarang berlaku, justeru diwujudkan kemudian perkataan seperti “Duopoly” (2 orang jual) dan “Oligopoly” (beberapa orang jual). Ini lebih realistik dan banyak berlaku berbanding monopoli. Apabila penjajah Eropah menjarah benua Asia, Belanda dan British masing masing menubuhkan syarikat Hindia Timur untuk monopoli sumber alam di Asia pada abad ke 17. Ilmu ekonomi bermula pada akhir abad ke 18.

Suatu mazhab ekonomi dipanggil Neoclassical atau marginalism wujud pada abad ke 19. Ia cuba menentukan harga melalui permintaan-penawaran (demand supply). Konsep monopoli dalam ekonomi secara rasmi wujud kerana mazhab ini. Monopoli dan Oligopoly dikatakan menghalang Persaingan Sempurna. Persaingan sempurna pula ialah syarat yang mesti wujud, kalau tidak, pasaran harga ditentukan supply demand tak beefungsi.

Sehingga selesai perang dunia ke-2, hanya ada 2 mazhab dalam mikroekonomi iaitu Marginalism tadi dan mazhab teori kerja (labour value). Marginalism yang diajar dalam buku teks ekonomi dan digunakan dalam dasar kerajaan.

Pada 1960 an, Pierro Sraffa mewujudkan mazhab mikroekonomi baru, yang kita sekarang panggil sebagai sraffian.

Dalam model sraffian, harga tidak ditentukan oleh penawaran dan permintaan, sebaliknya ditentukan oleh kartel. Satu masalah dalam teori buku teks ialah ia terlalu dangkal. Monopoli bermaksud pasaran dikuasai satu firma.Tapi dalam dunia sebenar, ada rantaian bekalan yang jual barang. Rantaian bekalan ini bersimpang siur dan orang tak nampak. Ini yang dipanggil kartel.

Walau bagaimanapun, istilah monopoli kekal digunakan sebagai satu label kerana ia membawa konotasi buruk walaupun ia dah tak relevan. Orang politik terutamanya suka gunakan istilah monopoli untuk memburukkan target propaganda mereka.

Yang menariknya mazhab moden sraffian. Ia tak masuk buku teks ekonomi lagi tapi mengakui peranan kartel dalam menentukan harga. Kartel bukan baik, bukan jahat. Tetapi ia wujud sejak awal tamadun manusia. Pada zaman medieval, ia wujud dalam bentuk “guild”. Zaman sekarang ia wujud dalam banyak bentuk tapi yang paling rasmi dan jelas ialah persatuan perniagaan. Orang Cina di Malaysia misalnya menguasai rantaian bekalan melalui kartel.

Masalah dengan kartel ini ialah mereka banyak duit. Duit itu juga didermakan kepada parti parti politik. Oleh sebab itu, parti politik yang terima duit daripada Kartel, susah nak sentuh kartel.

Sebab itulah, misalnya orang politik mainkan isu monopoli, bukan kartel. Dalam dunia moden, monopoli hanya wujud dalam sistem khidmat daripada kerajaan. Perkhidmatan atau barang yang menjejaskan kepentingan negara semuanya berada dalam monopoli. Misalnya, monopoli import beras oleh BERNAS.

Untuk mendapat populariti di segmen pengundi tertentu, ahli politik kutuk monopoli atau sistem kerajaan. Mereka sebenarnya bukanlah sasarkan monopoli tetapi sasarkan institusi atau sistem kerajaan. Tak siapa boleh burukkan monopoli kerana di seluruh dunia, monopoli saja bukan satu masalah.

Pada masa yang sama, orang politik tak berani kutuk kartel kerana kartel yang memberikan derma kepada parti politik yang disukai.

Akhir sekali, sebarang penyelesaian masalah barang keperluan dan harga melalui pasaran bebas akan gagal sebab masalahnya bukan kepada pasaran kita bukan bebas. Pasaran barang kita sebenarnya dikuasai oleh kartel.

Hezri Sardi
Biro Dasar, Perundangan dan Perhubungan Antarabangsa Armada Bersatu

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: