Antarabangsa

Kebuluran Dunia Bakal Meningkat – Pengarah Program Makanan Dunia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 11 Julai 2022 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini memberikan amaran bahawa kebuluran dunia bakal meningkat.

Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia, David Beasley, turut mengatakan bahawa angka kebuluran ini akan meningkat pada bulan-bulan yang akan datang.

Ia adalah susulan daripada perang Rusia-Ukraine yang mengkibatkan peningkatan harga dalam bekalan makanan, bahan api serta baja sekali gus mendorong negara-negara mengalami kebuluran.

“Hasilnya ialah ketidakstabilan global, kebuluran dan penghijrahan besar-besaran pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kami perlu bertindak hari ini untuk mengelak malapetaka yang semakin buruk ini,” katanya.

Perang Rusia-Ukraine telah mengganggu pengeksportan bijirin berikutan Rusia merupakan pengeksport bijirin ketiga dan keempat terbesar di dunia serta pengeksport utama bahan api dan baja.

Tahun lalu, 828 juta orang atau hampir 10 peratus penduduk dunia terjejas akibat kebuluran, lapor Al-Jazeera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: