Tempatan

Kebocoran Data: HATI-HATI! Periksa Sebelum Tekan Pautan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – CyberSecurity Malaysia (CSM) mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan meneliti sebarang pautan yang diterima bagi mengelakkan berlakunya kebocoran data, lapor sebuah berita tempatan.

“Mangsa serangan pancingan data biasanya terpedaya dan ditipu untuk menekan pautan dan memasukkan maklumat sulit serta data sensitif seperti ‘One Time Password’ (OTP) atau kod keselamatan, butiran log masuk, kata laluan dan banyak lagi.”

“Untuk itu, kita mencadangkan pengguna hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap individu atau organisasi yang meminta maklumat peribadi.”

“Kebanyakan syarikat tidak akan meminta data sensitif daripada pelanggan mereka, dan jika diragui, pengguna harus mengesahkan dengan syarikat itu sendiri untuk mengelakkan sebarang isu berpotensi.”

“Pengguna juga hendaklah sentiasa melihat dengan teliti nama paparan pengirim apabila menyemak kesahihan emel kerana kebanyakan syarikat menggunakan satu domain untuk URL dan emel mereka, jadi mesej yang berasal daripada domain yang berbeza ialah ‘red flag’,” kata CSM menerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) semalam dalam satu advisori peringatan yang dikeluarkan melibatkan insiden kebocoran data.

Dalam pada itu, Penganalisis Keselamatan, Prof Dr Mohd Mizan Aslam juga pernah berkata bahawa keselamatan negara boleh tergugat sekiranya berlaku ketirisan data dalam jumlah yang besar.

Justeru, CSM mengingatkan orang ramai yang hendak mendapatkan maklumat lanjut serta advisori terbaru untuk melayari laman web MyCERT menerusi pautan https://www.mycert.org.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: