Tempatan

Kebocoran 13 Juta Data Peribadi, Menteri Arah CyberSecurity Siasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – “Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak. Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” tegas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam Twitternya.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas seorang pengguna Twitter, @PendakwahTekno mendedahkan mengenai kebocoran data peribadi pengguna Maybank, SPR dan Astro.

“Data Bocor: Maybank, SPR & ASTRO. Kali ini dikatakan hampir 13 juta maklumat pengguna dari @MyMaybank, SPR dan ASTRO telah bocor. YB @fahmi_fadzil, ini adalah satu masalah yang sangat serius.”

Menurut platform Perisikan Ancaman Siber, ThreatMon, di Twitter, data yang terjejas adalah username, nama dan nama keluarga, tarikh lahir, alamat dan nombor pengenalan (identity numbers).

Susulan kebocoran yang berlaku, pengguna media sosial mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak berwajib dalam menangani kes ini.

“Dah berapa kali data breach berlaku? Tiada tindakan yang jelas dari pihak berwajib. Apatah lagi nak tahu root cause dan sebagainya? Ni kelemahan sistem atau kerja orang dalam? Salah satu sebab kenapa scam berleluasa adalah sebab ni. Yang jadi mangsa adalah rakyat. Sila buat sesuatu YB,” tegas @syidan93.

Manakala @CattyMeowington mahu organisasi yang terbabit dalam kebocoran data dikenakan hukum atas sebab sambil lewa keselamatan menjaga data pengguna.

“Sila hukum semaksimum yang boleh pihak Maybank, SPR, Astro dan mana-mana lagi organisasi yang nampak sangat mengambil lewa tentang keselamatan data pelanggan. Nampak sangat tak kisah sampai sikit-sikit dengar data yang tu kena hack, data yang ni kena hack.”

Terdahulu, samudera.my pernah mendedahkan tentang isu kebocoran maklumat data peribadi Kad Pengenalan rakyat Malaysia di mana maklumat tersebut boleh diakses dengan mudah.

Malah, November lalu, dilaporkan bahawa data peribadi 5 juta penumpang AirAsia mungkin telah terjejas selepas penggodam yang dikenali sebagai Daixin mendedahkan dua fail yang mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: