Tempatan

Premis Warga Asing Digempur MBK, Seorang Lelaki Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 01 Mac 2023 – Tiga premis kedai runcit dan sebuah restoran yang dioperasikan oleh warga asing digempur dan ditutup oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), semalam.

Menurut hantaran MBK di laman Facebook rasminya, seorang lelaki turut ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

BACA JUGA: MAKLUMAN: Jalan Perwira Jaya & Selancar Ditutup Kepada Semua Lalu Lintas

BACA JUGA: Logo Palsu, Jabatan Pertanian Keluarkan Amaran Berhati-Hati

BACA JUGA: Golongan ‘Kayangan’ Di Malaysia Mewah Subsidi

MBK berkata, pihaknya telah menjalankan operasi bersepadu bersama pihak PDRM di sekitar Jalan Bukit Ubi di mana aktiviti penjualan nombor perjudian atas talian yang dijalankan dalam kedai runcit turut terbongkar.

Dengan itu, pihak MBK memberi amaran keras kepada pelesen-pelesen agar tidak sesekali membenarkan warga asing bekerja di premis perniagaan tanpa permit kerja yang sah.

“Tindakan ini boleh menyebabkan pembatalan lesen premis dan seterusnya tindakan mahkamah atas pelanggaran syarat lesen,” kata MBK.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: