Tempatan

ASMC Ramal Cuaca Lebih Lembap Bagi ASEAN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 02 November 2022 – Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) meramalkan ASEAN akan berdepan dengan cuaca lebih lembap minggu ini berikutan corak cuaca La Niña.

Meninjau bencana alam yang berlaku sepanjang minggu lalu, sebanyak 43 bencana terdiri dua gempa bumi, 28 banjir, lapan tanah runtuh, satu ribut dan empat berkaitan angin sudah menjejaskan rantau itu terutama Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Menurut ASMC juga, cuaca lebih sejuk diramalkan melanda kawasan tengah dan tenggara, manakala keadaan lebih kering berkemungkinan berlaku di sebahagian besar tanah besar di kawasan tengah dan timur.

Dalam pada itu, dalam kemaskini mingguan ASMC untuk penilaian serantau meramalkan Semenanjung Malaysia dijangka berlaku peningkatan kecil keadaan tersebut.

Isnin lalu, lebih 20 buah rumah di Kampung Udang, Terengganu rosak selepas dilanda puting beliung dan ribut sekitar jam 2.30 petang.

Samudera.my juga melaporkan berkenaan bencana alam yang berlaku di Malaysia Borneo iaitu beberapa kawasan di sekitar Sabah dilaporkan dilanda kepala air, banjir kilat dan tanah runtuh semalam, susulan daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, dua daerah dilanda banjir iaitu Penampang serta Kunak dan satu PPS masing-masing dibuka di daerah itu, selain trend semasa banjir menunjukkan peningkatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: