Gaya Hidup

Kebenaran Balik Kg: Selamat Hari Raya Keluarga Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

“Oleh itu seperti yang dijanjikan tentang rentas negeri berdasarkan vaksinasi dua dos, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan. Kebenaran dan kebebasan ini akan bermula pada esok (Isnin),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba! Akhirnya penantian selama hampir setahun “dikurung” terlerai jua dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada petang Ahad lalu.

Bermula detik 12 malam, 11 Oktober 2021, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menarik balik Sekatan Jalan Raya (SJR) di semua sempadan negeri seluruh negara.

Hanya negeri Sabah sahaja yang masih belum mempertimbangkan kebenaran rentas negeri.

Kemeriahan balik kampung kali ini terasa seperti hendak pulang berhari raya.

Tinjuan mendapati jalan raya kembali sibuk tetapi masih lancar buat masa ini. Mungkin juga ramai yang belum merancang untuk bercuti kerana terkejut dengan pengumuman tersebut.

Tanda pagar #rentasnegeri memenuhi laman media sosial sejak semalam.

Rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kebenaran ini seperti semuanya sudah tidak sabar untuk berjumpa keluarga dan melancong bersama.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang tidak gembira, risau dan bimbang akan risiko kes akan melonjak semula selepas ini.

Meskipun kebebasan telah diberi, prosedur operasi standard (SOP) haruslah sentiasa dijaga.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab agar angka kes Covid-19 terus menurun dan kita akan kembali hidup normal seperti dahulu.

Apa-apa pun, tahniah kerajaan dan rakyat Malaysia! Kekal jaga SOP dan Malaysia pasti menang.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button