Tempatan

Kebenaran Aktiviti Sukan, Kokurikulum Mulai Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Mac 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum dilaksanakan secara bersemuka di sekolah mulai 21 Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa kebenaran tersebut hanya terpakai bagi aktiviti yang diadakan dalam kawasan sekolah dan yang melibatkan guru serta murid sekolah berkenaan sahaja.

Katanya, dalam pelaksanaan aktiviti tersebut, guru/jurulatih/pengajar yang terlibat hendaklah lengkap divaksin.

KPM turut membenarkan pihak sekolah untuk menganjurkan aktiviti/pertandingan/kejohanan kokurikulum dan sukan, namun pelaksanaannya terhad kepada murid/guru/jurulatih/pengajar sekolah berkenaan dan dilaksanakan dalam kawasan sekolah.

Selain itu, sebarang pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan agensi luar perlu mendapat kebenaran KPM terlebih dahulu. Aktiviti atau pertandingan yang tidak mengikut ketetapan KPM boleh dibatalkan, ujar beliau.

Bukan itu sahaja, KPM menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum hendaklah dijalankan mengikut garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah beliau lagi, ketetapan ini terpakai kepada semua institusi pendidikan yang berdaftar atau tidak berdaftar di bawah KPM termasuk institusi pendidikan swasta yang berdaftar bagi kategori sekolah dan kategori pusat serta institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri.

Perkara ini juga termasuk dalam salah satu penambahbaikan KPM ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: