Tempatan

Kebebasan Beragama Di Dalam Perlembagaan Persekutuan Bukanlah Kebebasan Mutlak – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 April 2022 – “Kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu kebebasan yang mutlak,” tegas Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Menurutnya, undang-undang boleh mengawalnya dan ia juga bukan kebebasan dari menganut mana-mana agama.

Beliau menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan undang-undang berkuatkuasa dengan baik.

Mesti jelas, undang-undang memperuntukkan orang Islam tertakluk kepada dwi-sistem perundangan iaitu Sivil dan Syariah.

Undang-undang juga memperuntukkan orang yang tidak mahu kekal beragama Islam mesti memohon perisytiharan dalam Mahkamah Syariah.

“Jadi kerajaan wajib memastikan undang-undang ini dilaksana!”

Persoalannya kini, semakin ramai orang seperti Siti Kasim kian rancak bersuara menentang Islam siang malam, melalui jalan undang-undang dan sebagainya?

Terdahulu, Siti Kasim mengkritik pihak kerajaan yang dikatakan ‘memaksa’ rakyat untuk kekal menjadi penganut Islam sedangkan baginya tiada paksaan di dalam Islam, selain mahukan kerajaan membebaskan sahaja mereka yang mahu murtad iaitu keluar dari Islam.

Datuk Zainul Rijal berkata, kerajaan seharusnya lebih agresif mengambil tindakan membendung polemik sebegini.

“Akibat kurangnya tindakan di pihak kerajaan, sebahagian orang menganggapnya sebagai norma yang dibenarkan,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button