Antarabangsa

Kebanyakan Warga UK Salahkan Polisi Pendatang Punca Pergolakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 22 Ogos 2024 – Dua per tiga daripada warga United Kingdom (UK) percaya bahawa polisi imigrasi negara tersebut bertanggungjawab terhadap rusuhan yang berlaku di negara tersebut baru-baru ini.

Perkara tersebut diterjemahkan menerusi dapatan sebuah undian yang telah diterbitkan pada Ahad lalu.

Beberapa buah bandar di UK telah mengalami kekecohan disebabkan oleh sesi protes pada awal bulan ini, setelah seorang remaja British yang berasal dari Rwanda telah bertindak menikam tiga orang kanak-kanak sehingga mati dan mencederakan sepuluh yang lain di Southport.

Berdasarkan khabar angin yang menyatakan bahawa penyerang itu adalah seorang pendatang beragama Islam, demonstrasi yang berlangsung seterusnya menjadi sebuah tentangan terhadap Islam serta imigrasi besar-besaran.

Menurut undian yang dilakukan terhadap 2,237 orang yang telah diterbitkan oleh media The Telegraph, 82 peratus daripada warga Britain percaya yang pelaku kekecohan itu sebenarnya bertanggungjawab terhadap darurat yang berlaku, diikuti dengan 75 peratus lagi yang menyalahkan kumpulan-kumpulan garis kanan serta pempengaruh.

Namun, 64 peratus daripada respondan pula percaya bahawa polisi imigrasi Britain adalah punca utama bagi keseluruhan kejadian yang berlaku ini, manakala 59 peratus lagi pula menyatakan bahawa kejadian serangan pisau itu adalah punca bagi krisis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: