Kebanjiran Pekerja Asing, Kementerian Nafi Tidak Buat Kerja, Salahkan Ejen
KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan sebuah kenyataan menafikan bahawa dasar yang digunakan oleh pihak kementerian dalam melonggarkan syarat import buruh telah menyebabkan peningkatan pada bekalan sumber manusia serta pertambahan perdagangan hamba zaman moden.
Dalam kenyataan yang sama, pihak kementerian terbabit turut menyatakan bahawa situasi yang berlaku itu adalah disebabkan bekalan tenaga kerja daripada agensi-agensi dari negara-negara penghantar.
BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini
BACA JUGA: DPPNT Bantah Konsert Galau UMT, Hormat Budaya Islam Tempatan
BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO
Kenyataan yang dibuat oleh pihak kementerian itu menyatakan bahawa kuota yang diberikan bagi kemasukan pekerja asing adalah berdasarkan keperluan industri yang membuat permohonan.
Jumlah kuota yang diluluskan juga adalah berdasarkan kelayakan majikan sewaktu tempoh permohonan.
Pihak kementerian juga melalui kenyataan yang sama telah menafikan bahawa pihak mereka tidak melakukan sebarang pemeriksaan.
Menurut pihak kementerian lagi, para majikan yang ingin memohon kuota perlu menyerahkan dokumen-dokumen yang menyokong permohonan mereka dan dokumen-dokumen tersebut selanjutnya akan diperiksa oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa permohonan tersebut adalah tulen.
Syarikat-syarikat yang telah diberikan kuota juga akan melalui pemeriksaan susulan dalam tempoh enam bulan setelah kelulusan.