Antarabangsa

Kebakaran Hutan Eropah Catat Lebih 1,000 Kematian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADRID, 20 Julai 2022 – Kebakaran hutan yang melanda Eropah disebabkan cuaca panas melampau baru-baru ini telah mencatatkan lebih 1,000 kematian susulan daripada strok haba dan serangan jantung.

Kebakaran itu dikatakan turut berlaku di beberapa negara seperti Turkiye, Greece, Croatia dan Portugal.

Lapor Utusan, Pasukan Bomba di Perancis dan Sepanyol terus berusaha memadamkan kebakaran bagi mengelakkan ia terus merebak.

Di barat daya Perancis, kebakaran hutan pokok pine dilaporkan masih belum reda biarpun setelah enam hari berlakunya kebakaran.

Ia menyebabkan lebih 14,000 penduduk di kawasan sekitar dipindahkan sebagai langkah keselamatan termasuklah pelancong.

Sementara itu, di Sepanyol, operasi memadamkan api kebakaran mengalami kesukaran berikutan cuaca panas dan kering diikuti keadaan berangin yang memburukkan lagi keadaan.

Malah, terdapat juga beberapa kawasan yang sukar dimasuki pasukan penyelamat disebabkan api yang terus marak.

Manakala di Portugal, ratusan orang maut dan kebanyakannya melibatkan warga emas disebabkan strok haba serta serangan jantung.

Lapor The Malaysian Insight, Britain bakal menghadapi peningkatan suhu melampau dan bakal merekodkan suhu paling panas dalam sejarah.

Dalam pada itu, Agensi Berita Itali (ANSA) melaporkan lima bandar di Itali iaitu Bolzano, Brescia, Florence, Latina, Bologna, Genoa, Rieti, Rom dan Perugia kini dalam langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas terik berkenaan yang kian mengancam penduduk umum.

Peningkatan suhu melampau itu telah mengakibatkan para petani mengalami kerugian sehingga tiga billion euro serta hasil tanaman yang berkurang sehingga 70 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: