Antarabangsa

Kebakaran Hutan California, Penduduk Diarah Berpindah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 02 September 2022 – Sebanyak 200 rumah diarahkan berpindah secara mandatori susulan kebakaran hutan California dilihat semakin merebak.

Kebakaran kini telah merebak sekurang-kurangnya seluas 4,625 ekar berhampiran lebuh raya di Castaic, memaksa penutupan penuh laluan utama utara-selatan antara California Selatan dan Utara.

Kebakaran dilaporkan berlaku berhampiran Lake Hughes Road.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba Daerah Los Angeles (LA), Tom Ewald mengesahkan bahawa terdapat lapan anggota bomba yang mengalami kecederaan berkaitan haba.

Terdapat sekurang-kurangnya 255 anggota bomba dari Jabatan Bomba Daerah LA sedang memadamkan kebakaran ini.

Katanya, angin dan suhu tinggi menyumbang kebakaran menjadi semakin teruk.

Namun pihaknya memberi jaminan bahawa anggota bomba akan terus berkhidmat untuk meredakan keadaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: