Tempatan

CAP Gesa KKM Haramkan Semua Produk Talkum Di Pasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 21 Ogos 2022 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mengharamkan semua produk yang mengandungi talkum di pasaran, sama ada keluaran tempatan atau import.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader menggesa KKM menguatkuasakan larangan tersebut serta-merta tanpa menunggu sehingga tahun hadapan. Beliau turut mengatakan bahawa bekalan produk sedia ada yang mengandungi talkum juga harus dikembalikan kepada pengilang bagi bayaran balik.

“Larangan penggunaan talkum juga perlu membabitkan produk lain seperti pemerah pipi, bedak asas, ‘concealer‘, pembayang mata, bedak muka, maskara, celak, pensel kening dan gincu yang mengandungi bahan karsinogen,” ujarnya.

Mengulas lanjut, penyelidik mendapati bahawa zarah talkum mampu bergerak ke atas sistem pembiakan dan membenam dalam lapisan ovari.

Mereka turut menemukan zarah bahan itu dalam kanser ovari serta mendapati bahawa wanita penghidap kanser tersebut lebih kerap menggunakan bedak talkum di kawasan kemaluan berbanding wanita yang sihat.

Sehubungan itu, CAP menyarankan supaya para pengguna mengelak daripada menggunakan produk yang mengandungi talkum yang mungkin dilabelkan sebagai talkum, bedak talkum, talkum kosmetik atau magnesium silikat dalam kandungan ramuannya.

“Penggunaan bedak bayi berasaskan tepung jagung, serbuk beras (bedak sejuk) dan aloe vera adalah alternatif yang lebih selamat,” kata Mohideen lagi.

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Syarikat Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global pada 2023 selepas lebih dua tahun berdepan dengan ribuan saman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: