Antarabangsa

Protes Mega Anti Israel Di London, Ribuan Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 17 Oktober 2023 – Ribuan penunjuk perasaan telah berkumpul di Oxford Circus pada Sabtu lalu dan berarak berjalan kaki ke kediaman rasmi Perdana Menteri Britain Rishi Sunak di Downing Street bagi menuntut agar rejim haram apartheid Israel menghentikan serangan tenteranya ke atas Gaza.

Para penunjuk perasaan yang membantah tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) atas sokongan mereka terhadap rejim Israel itu berarak sambil membawa bendera Palestin dan turut memegang sepanduk bertulis “Bebaskan Palestin” dan “Tamatkan Pembunuhan Beramai-ramai”.

Ismail Patel, Pengerusi Friends of Al-Aqsa berkata pada demonstrasi itu agar semua masyarakat di seluruh dunia, bukan hanya di London, mesti bangkit dan menyeru supaya kekejaman rejim Israel ini dihentikan.

Manakala Polis Metropolitan London berkata, pihak mereka mempunyai lebih daripada 1,000 pegawai di perhimpunan itu serta turut mengancam dan memberi amaran awal untuk membuat tangkapan terhadap mereka yang menunjukkan sokongan kepada kumpulan Hamas.

Perhimpunan itu bermula ketika rejim Israel meningkatkan serangannya ke atas Semenanjung Gaza untuk memusnahkan Hamas dengan mengebom kebanyakan kawasan di Gaza dan mengerahkan puluhan ribu askar ke tempat berhampiran bagi melakukan operasi serangan darat.

Serangan pesawat pejuang rejim Israel telah menyebabkan seluruh kawasan kejiranan Gaza musnah dan runtuh dan menyebabkan orang ramai berebut-rebut untuk menyelamatkan diri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: