Tempatan

KDN Jamin Permudah Urusan Pohon Kewarganegaraan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – “Saya akan memastikan proses permohonan kewarganegaraan dipermudah secara menyeluruh tanpa kompromi terhadap segala peraturan dan aspek keselamatan negara,” ini merupakan antara ikrar Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam isu berkaitan kewarganegaraan.

Dalam Twitternya, Datuk Saifuddin berkata, beliau dan pasukan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mencari jalan keluar untuk menyelesaikan isu ini.

BACA JUGA: HATI-HATI! Beruang Ceroboh Kubur & Makan Mayat Orang Asli Di Serambi Mekah

BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku

BACA JUGA: Sedar Anak Dibasuh Otak, “Deprogrammers” Kini Dicari-Cari

“InsyaAllah, saya & pasukan di KDN sedang cari jalan keluar dari kemelut ini tanpa kompromi terhadap peraturan & aspek keselamatan negara.”

Dalam sidang media selepas lawatan kerja di Jabatan Pendaftaran Negara semalam, beliau berkata, isu yang akan diberi fokus termasuklah kes tertangguh, kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara dan wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing.

Ujarnya lagi, kertas kerja yang dihasilkan oleh jawatankuasa khas itu akan dibentang kepada Jemaah Menteri selewat-lewatnya bulan hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: