Antarabangsa

Kazakhstan Tidak Akan Ikut Membuta Sekatan Terhadap Rusia – Menteri Perdagangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 26 Ogos 2024 – Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Zhumangarin telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya tidak akan “mengikut membabi buta” akan sekatan anti-Rusia.

Menurutnya lagi, tindakan negara tersebut untuk mengikuti secara membabi buta sekatan terhadap Rusia itu bakal diambil terutamanya apabila perkara itu memberi kesan terhadap kepentingan ekonomi bagi perniagaan negara tersebut.

Kenyataan Zhumangarin itu telah dibuat sewaktu beliau ditemu bual oleh media Bloomberg pada Jumaat lalu.

Beliau turut menegaskan bahawa negaranya telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan sekatan terhadap ekspot galas bebola kepada Rusia, walaupun bahan tersebut dapat digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ujarnya,

“Kami tidak akan membenarkan para pengeluar kami disekat daripada perniagaan”.

Ujar beliau lagi, Eurasian Resources Group yang mana pemilikannya adalah 40% dimiliki oleh negara Kazakhstan telah mengalami kerugian besar sejak syarikat tersebut dipaksa untuk sekatan bagi halangan untuk menjual palet besi kepada Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: