Tempatan

Kawal Aktiviti Budaya Dan Seni, Elak Menyimpang Ajaran Islam & Nilai Ketimuran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 02 September 2022 – Pihak berkuasa perlu mengawal aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi mengelakkan aktiviti seumpama itu menyimpang dari ajaran Islam dan nilai ketimuran dengan meletakkan garis panduan tertentu.

“Saya amat mengharapkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal segala aktiviti kebudayaan dan kesenian yang diadakan di negara ini dengan mengadakan garis panduan tertentu,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Jelas beliau, dengan mengundang artis-artis Barat yang menunjukkan sokongan kepada budaya LGBT, ia mampu mendorong kepada penyelewengan akhlak terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Situasi ini akan mengheret mereka ke arah melakukan jenayah, keganasan dan penagihan dadah,” katanya.

Berikutan itu, beliau menyeru pihak berkuasa untuk mengawal aktiviti sedemikian agar ia tidak tersasar dari landasan Islam serta tidak memberi kesan kepada nilai murni dan budaya ketimuran dalam seluruh masyarakat.

Sebelum ini, YB Senator Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pernah mengatakan bahawa acara seperti konsert-konsert hiburan perlu dikurangkan kerana dibimbangi bakal mengundang masalah sosial yang lebih buruk.

Pemuda PAS Malaysia turut menggesa Kerajaan supaya membatalkan konsert hedonisme yang tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: