NGO

Memilih Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti – Toqqi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-15 ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih.

Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/Ahli Parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat.

“Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa rakyat.
Justeru itu, sebelum PRU-15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut Perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna
bijaksana.

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: