Tempatan

Tolak Hudud Sama Seperti Suruh Orang Islam Tinggal Ajaran Agama – Shamsher Singh Thind

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 – Dr Shamsher Singh Thind, seorang pengamal undang-undang jenayah menasihatkan masyarakat bukan Islam untuk tidak menyuruh umat Islam menolak hudud kerana ia umpama menyuruh mereka meninggalkan ajaran agama.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut di laman media sosial Facebooknya baru-baru ini.

“Mereka yang bukan beragama Islam kena fikir sebelum mengeluarkan kata-kata seperti “Tolak Hudud”. Kesannya adalah sama seperti menyuruh orang Islam meninggalkan ajaran agama.”

BACA: Mana Suara Bar Council Ketika Hakim Mahkamah Persekutuan Dikutuk “Menjual Diri Kepada Syaitan” – Dr Shamsher Singh Thind

BACA: Mahkamah Tinggi Tolak Kes Unilateral Conversion, Perlu Ke Mahkamah Syariah

BACA: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Dr Shamsher Singh Thind mengemukakan pendapat sedemikian selepas meneliti slide yang dikongsikan oleh Profesor Madya Dr Nasimah Hussin dari Universiti Islam Antarabangsa semasa kuliah Undang-Undang Jenayah Islam.

“Nampak tak, hudud merupakan kesalahan-kesalahan jenayah yang mana hukumannya ditetapkan menurut Qur’an, atau Qur’an dan Hadis.”

WhatsApp-Image-2022-05-26-at-12.07.16-PM.jpeg?resize=162%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1
Kenyataan Dr Shamsher Singh mengenai hudud dalam Facebooknya

Hantaran Dr Shamsher Shingh Thind ini mendapat sambutan positif daripada ribuan netizen di bahagian komen.

Wan Mohd Amin berkata, “Terima kasih Dr. Shamsher Singh Thind kerana memahami apa itu hudud dan untuk siapa. Terima kasih sekali lagi.”

Beberapa orang netizen meluahkan perasaan takjub mereka memandangkan terdapat orang yang beragama Islam sendiri menolak hudud sedangkan orang yang bukan Islam seperti peguam ini memahami kepentingan hudud dalam ajaran Islam.

Mie Abd Malik berkata, “Terbaik Dr. Satu tamparan buat yang beragama Islam sendiri. Terima kasih kerana memahami.”

Shakri Mohamed berkata, “Malangnya ada segelintir penganut Islam sendiri pun tak yakin dengan Islam…ambil separuh tolak separuh.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: