Tempatan

Kartel Daging: Ahli Politik Subahat Jatuhkan Syarikat Bumiputera – JMM

KUALA LUMPUR – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Salleh menyatakan bahawa ada ahli politik yang bersekongkol dengan pihak kartel daging sejuk beku dan menghalang tertubuhnya syarikat Melayu bumiputera di bawah kerajaan seperti National Feedlot Corporation (NFC). 

“Persekongkolan ini adalah satu tindakan bagi menjatuhkan NFC”, ujar beliau seperti yang dilaporkan dalam portal Utusan.

Tambahnya lagi, ia merupakan satu usaha dan pakatan yang sangat jahat agar mereka dapat memonopoli pasaran tempatan dan dalam masa yang sama mengekang pasaran industri daging tempatan daripada terus berkembang.

Oleh yang demikian, JMM meminta pihak polis untuk menyiasat penglibatan parti politik tersebut dan sekutunya.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar tiada sebarang usaha melindungi mana-mana pihak termasuk orang kenamaan yang terbabit dengan penyelewengan isu kartel daging haram.

Ujar ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO juga telah mengemukakan enam saranan untuk menangani isu berkenaan, termasuk penubuhan pasukan khas menyiasat kes berkenaan dan mendedahkan nama-nama syarikat yang terlibat.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button