Antarabangsa

Kapal Selam Titan Meletup, Lima Hartawan Disahkan Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 23 Jun 2023 – Lima penumpang kapal selam Titan yang hilang tidak lama selepas berlepas ke dasar laut Atlantik Utara disahkan terkorban.

“Lima orang di atas kapal selam yang hilang selama berhari-hari terbunuh apabila kapal kecil yang membawa mereka ke tapak serpihan Titanic meletup,” kata Laksamana Pengawal Pantai AS, John Mauger pada Khamis.

BACA JUGA: Demam Denggi Dijangka Meningkat Menjelang PRN, Raya Haji

BACA JUGA: Ideologi LGBTQ: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Digesa Wujudkan Garis Panduan Kekang Penyebaran

BACA JUGA: Gagal Bahasa Melayu Atau Sejarah, Lebih 33,000 Lepasan SPM Gagal Dapat Sijil

Serpihan kapal selam berkenaan yang ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic sekali gus menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.

“Serpihan itu ditemui kira-kira 1,600 kaki dari haluan Titanic di dasar laut,” kata beliau lagi.

Menurut OceanGate, syarikat yang mengendalikan ekspedisi berkenaan, mereka yang maut adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush, 61, ahli perniagaan Britain-Pakistan Shahzada Dawood, 48, dan anaknya Suleman, 19, hartawan Britain Hamish Harding, 58, dan bekas penyelam tentera laut Perancis dan penjelajah terkenal, Paul-Henry Nargeolet, 77.

“Dengan penuh rasa duka, kami kini mempercayai bahawa CEO kami, Stockton Rush, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding, dan Paul-Henri Nargeolet, telah hilang,” kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Media sebelum ini melaporkan, kapal selam Titan yang membawa lima orang penumpang untuk ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic di dasar laut Atlantik Utara dikhuatiri hilang apabila terputus hubungan dengan kru 1 jam 45 minit selepas berlepas pada Ahad lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: