Antarabangsa

Kapal Selam Pelancong Titanic Hilang, Pencarian Diteruskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 20 Jun 2023 – Sebuah kapal selam yang membawa lima orang penumpang untuk ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic di dasar laut Atlantik Utara dikhuatiri hilang apabila terputus hubungan dengan kru 1 jam 45 minit selepas berlepas.

Kapal selam itu terputus hubungan dengan anak kapal Polar Prince, kapal yang digunakan untuk mengangkutnya ke tapak serpihan Titanic sebelum ekspedisi.

Menurut media antarabangsa, kejadian itu dilaporkan oleh Pengawal Pantai AS.

BACA JUGA: Bak Kut Teh: Versi Ayam Tetap Mengelirukan – Prof Teo Kok Seong

BACA JUGA: Letak Garis Panduan Tegas, Elak Percampuran Lelaki Perempuan – Presiden PEMBINA

BACA JUGA: Umat Islam Malaysia Ditipu Ulama & Pemerintah Untuk Tumpukan Perhatian Kepada Ritual — Pengasas Islamicity Index

“Mencari lima orang selepas kapal penyelidikan Kanada Polar Prince terputus hubungan dengan kapal selam mereka semasa menyelam, kira-kira 1,450km timur Cape Cod,” demikian kenyataan dari Pengawal Pantai AS.

Pihak berkuasa AS dan Kanada menyatakan, susulan kehilangan, satu pencarian dan penyelamatan multinasional telah digerakkan.

Laksamana Pengawal Pantai AS, John Mauger berkata, lokasi di mana pasukan pencari mencari kapal selam yang hilang adalah di lokasi terpencil.

Tambahnya lagi, kapal selam itu mempunyai 96 jam oksigen kecemasan di atas kapal, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengendali kapal.

Pihaknya “menjangkakan bahawa mereka berada di antara 70 hingga 96 jam penuh” oksigen yang tersedia pada kapal pada ketika ini, kata John Mauger semasa sidang akhbar Isnin.

Setakat ini, Pengawal Pantai AS masih lagi tidak mengeluarkan senarai nama mereka yang hilang kerana pihaknya masih dalam proses memaklumkan kepada keluarga mereka yang terbabit.

Ekspedisi lapan hari itu berpusat di St. John, Newfoundland, Kanada, dengan maksimum enam orang. Perjalanan bermula dengan perjalanan sejauh 400 batu nautika ke lokasi bangkai kapal, menurut pengendali pelancongan.

Di sana, lima orang penumpang menaiki kapal selam bernama “Titan” dan turun ke dasar lautan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: