Tempatan

Kapal Malaysia Hilang Sejak 10 Hari, Lepas Masuk Perairan Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 11 Januari 2023 – Sebuah kapal kargo yang berdaftar di Malaysia, MV Dai Cat 06 dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu di mana kali terakhir ia dikesan adalah di perairan Indonesia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat dari MRSC Langkawi pada 5.13 petang semalam, berkaitan kehilangan kapal kargo berkenaan.

BACA JUGA: Teks BM Perlembagaan: Perlu Dibuat Dengan Penuh Hati-Hati – Dato’ Naser Disa

BACA JUGA: TERKINI: Amaran Ribut Petir Di Hampir Seluruh Negara

BACA JUGA: Telur Hilang: Mat Sabu Tengok Telur India?

Berita kehilangan kapal itu diketahui selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh ejen kapal itu pada jam 12.11 tengah hari Isnin lalu.

Berdasarkan laporan yang diterima, kapal kargo MV Dai Cat 06 membawa muatan besi paip yang dipercayai bernilai RM726,205 dari jeti Perak pada 23 Disember 2022 sepatutnya tiba di Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2022.

Namun, lokasi terakhir kapal ini dikesan menerusi sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia iaitu 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.

“Maklumat terkini diperoleh pada 10.42 malam tadi, suatu isyarat kecemasan Emergency Position Indicatior Radio Beacon (EPIRB) dikesan daripada kapal kargo MV Dai Cat 06 pada kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia.”

“Isyarat kecemasan ini dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dan Police Operation Command Centre (POCC) Singapura,” katanya semalam.

Jelasnya, Kapal MV Dai Cat 06 dikendalikan lima kru termasuk tiga warga tempatan dan dua kru warga Indonesia berusia antara 20 hingga 57 tahun.

Susulan laporan diterima, pihak Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kapal kargo MV Dai Cat 06.

Tambahnya juga, MRSC Johor Bahru turut menghantar IMB Piracy Alert dan Navigational Telex (NAVTEX) bagi memohon bantuan komuniti Maritim sekiranya memiliki maklumat berkaitan kehilangan kapal berukuran 52 meter itu.

“Kita tidak mahu membuat sebarang andaian apa yang terjadi tanpa mendapat gambaran atau maklumat jelas.”

“Kita terus berkomunikasi dengan Indonesia dan meminta bantuan untuk mengesan kapal berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, komuniti maritim dimohon untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9401 atau MERS 999 sekiranya mempunyai maklumat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: