Antarabangsa

Kapal Dagang Purba 2,000 Tahun Dijumpai Penuh Jongkong Timah Di Pantai Turki

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKI, 04 Disember 2022 – Sekumpulan penyelidik menemui sebuah kapal purba sejak 2,000 tahun lalu yang dipenuhi dengan jongkong timah di Timur Tengah, baru-baru ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, para penyelidik menganalisis jongkong timah tersebut yang dipercayai dibawa oleh kapal itu semasa Zaman Gangsa Akhir di mana ia ditemui di pantai Uluburun.

Analisis daripada kajian itu turut menyimpulkan bahawa berlakunya pertukaran bijih timah antara negara-negara di Timur Tengah, Asia dan Eropah yang disokong oleh sistem kepelbagaian budaya dan rantau.

Para penyelidik turut mendapati terdapat sebahagian daripada jongkong timah itu berasal dari Haifa, iaitu lombong prasejarah yang terletak di Uzbekistan.

“Agak menakjubkan untuk mengetahui bahawa sistem perdagangan yang pelbagai budaya, rantau dan sistem multivector menyokong pertukaran timah Eurasia semasa Zaman Gangsa Akhir,” ujar Michael Frachetti, Profesor arkeologi dalam Seni dan Sains di Universiti Washington di St. Louis.

Untuk rekod, Zaman Gangsa telah bermula kira-kira dari tahun 3300 hingga 1200 SM dan masyarakat Sumeria Purba di Timur Tengah merupakan masyarakat pertama yang memasuki Zaman Gangsa, lapor History.

Difahamkan, menurut World History Encyclopedia, kejatuhan zaman tersebut adalah antaranya disebabkan oleh gempa bumi, perubahan iklim yang menyebabkan kemarau dan kebuluran, pemberontakan antara kelas, pencerobohan oleh Orang Laut diikuti ketidakstabilan politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: