Tempatan

Kapal China Ceroboh Perairan Malaysia Disita, Meriam Perang Dunia ke-2 Ditemui

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Pihak berkuasa Maritim Malaysia pada hari ini telah membuat kenyataan bahawa mereka telah menemukan peluru meriam era Perang Dunia Ke-2 di sebuah kapal pengangkut China.

Kapal tersebut telah ditahan pada hujung minggu lalu berikutan kesalahan berlabuh di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

BACA JUGA: Menang Pilihan Raya, Erdogan Ikrar, LGBT Akan Dihalang Menyelusup Masuk Kerajaan

BACA JUGA: Gagal Dapat Diskaun Kapal Terbang, MP Labuan Persoal “Adakah Labuan Bukan Malaysia Timur”?

BACA JUGA: Kulasegaran Dedah ‘Pegawai’ Sivakumar Terpalit Rasuah, Bermasalah & Pernah Dipecat 15 Tahun Lampau

Penemuan tersebut berlaku sewaktu terdapat beberapa laporan pada bulan ini berkenaan dengan golongan pencari yang mensasarkan dua bangkai kapal British sewaktu era Perang Dunia Ke-2 di sekitar perairan Malaysia.

Dua kapal lama tersebut, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse telah ditenggelamkan oleh peluru berpandu Jepun pada tahun 1941, tiga hari setelah berlakunya peristiwa serangan terhadap Pearl Harbour di Hawaii.

Berkenaan laporan tentang aktiviti mencari bahagian bangkai kapal tersebut, Britain’s National Museum for the Royal Navy telah mengeluarkan kenyataan pada minggu lalu bahawa pihak mereka ‘merasa tertekan tentang kegiatan vandalisme yang amat jelas untuk keuntungan peribadi’ atas dua bangkai kapal tersebut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah kapal yang berdaftar di Fuzhou, China yang membawa 32 anak kapal telah gagal menunjukkan permit berlabuh sewaktu sesi rutin peperiksaan di perairan Johor pada Ahad lalu.

Setelah melakukan pemeriksaan lanjutan, pihak berkuasa tempatan telah menemukan besi-besi lama dan peluru-peluru meriam di dalam kapal tersebut yang mana ianya dipercayai dikutip daripada dua bangkai kapal British lama itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: