Antarabangsa

Kantoi Menipu Di Parlimen, Mantan PM Letak Jawatan MP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 20 Jun 2023 – Parlimen Britain telah meluluskan sebuah laporan yang mengandungi maklumat bahawa Boris Johnson telah melakukan kesalahan berbohong mengenai parti-parti yang melanggar undang-undang kawalan pergerakan sewaktu pandemik COVID-19.

Laporan yang disediakan oleh komiti parlimen yang kemudiannya disokong oleh badan perundangan pada Isnin lalu telah menamatkan proses siasatan terhadap Johnson yang mengambil masa setahun.

BACA JUGA: Ancaman Siber-Pedofilia, Ibu Bapa Main Peranan Besar Pencegahan – Polis

BACA JUGA: ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta

BACA JUGA: PRN: MCA & MIC Bakal Dikesampingkan, Kata Pakar

House of Common’s Privileges Committee telah mendedahkan penemuan tersebut pada minggu lalu yang mana ianya mengandungi maklumat bahawa Johnson telah sengaja berbohong kepada para rakan sejawatnya mengenai jaminan beliau tentang semua peraturan COVID-19 telah diikuti pada setiap masa di bangunan-bangunan kerajaan.

Salinan awal bagi laporan tersebut telahpun dikeluarkan awal bulan ini yang mana ianya telah menggesa Johnson untuk meletakkan jawatan bagi mengelakkan beliau lebih dimalukan.

Laporan yang sama telah mencadangkan agar Johnson dinafikan hak untuk mempunyai pas kemasukan automatik ke dalam parlimen.

Selain itu, laporan tersebut turut menyarankan agar beliau digantung daripada parlimen selama 90 hari jika beliau masih tidak meletakkan jawatan.

Johnson telah menyifatkan komiti tersebut sebagai “kangaroo court” dengan mendakwa bahawa laporan tersebut bertujuan untuk membunuh karier politik beliau.

Johnson adalah perdana menteri Britain dari pertengahan 2019 hingga September 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: