Antarabangsa

Kanak-Kanak 13 Tahun Pandu Pacuan 4 Roda, 9 Terkorban

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 19 Mac 2022 – Seorang kanak-kanak lelaki 13 tahun telah mengakibatkan 9 kematian, termasuk dirinya, apabila pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah van dari arah bertentangan.

Lebih malang lagi, van tersebut sedang membawa sekumpulan pelajar dari salah sebuah Universiti di New Mexico yang merupakan ahli pasukan golf berserta jurulatih mereka, di mana enam orang ahli pasukan tersebut berserta jurulatih mereka terkorban dalam nahas terbabit.

Kanak-kanak tersebut dan ayahnya turut terkorban apabila kedua-dua buah kenderaan terbakar, lapor abc NEWS.

Pihak berkuasa percaya yang tayar kiri hadapan kenderaan yang dipandu kanak-kanak terbabit meletup, mengakibatkan dia hilang kawalan sehingga masuk ke jalan bertentangan.

Turut difahamkan, pasukan golf tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah pertandingan sebelum nahas tersebut berlaku.

Leave a Reply

Back to top button