Antarabangsa

New York Bandar Terkaya Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 25 April 2023 – Bandar New York dinobatkan sebagai bandar terkaya dunia dengan memiliki seramai 340,000 jutawan, menurut Laporan Bandar Terkaya Di Dunia 2023.

Senarai itu diterbitkan oleh firma migrasi pelaburan antarabangsa, Henley & Partners dengan kerjasama firma risikan kekayaan global, New World Wealth.

Antara bandar yang mendominasi senarai tersebut adalah bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) dan China, manakala satu bandar sahaja dari Eropah iaitu London.

BACA JUGA: Kualiti Udara Chiang Mai & Bangkok Antara Paling Teruk Di Dunia

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

BACA JUGA: Wanita Maut Pulang Dari Masjid, Dilanggar Pemandu Mabuk

Selain New York, dua lagi hab kekayaan AS adalah San Francisco Bay Area dan Los Angeles di tempat ke-3 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai 285,000 dan 205,400 individu dengan nilai kekayaan tinggi (HNWI) iaitu mereka yang mempunyai kekayaan boleh dilabur melebihi RM4.4 juta (AS$1 juta).

Sementara itu, tiga bandar terkaya dari China pula adalah Hong Kong yang memiliki seramai 129,500 jutawan, Beijing (128,200) dan Shanghai (127,200). Masing-masing menduduki tempat ke-7, ke-8 dan ke-9 dari senarai bandar terkaya dunia.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Juerg Steffen berkata, tujuh daripada 10 bandar terkaya ini terdiri daripada negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan rasmi dan aktif menggalakkan pelaburan langsung asing sebagai balasan untuk hak kediaman dan kewarganegaraan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: