Antarabangsa

Kanada haramkan Proud Boys

OTTAWA: Kanada semalam menyifatkan pergerakan kumpulan Proud Boys sebagai ancaman serius yang kian berkembang dan turut mengumumkan pengharaman organisasi pengganas berkenaan.

Menteri Keselamatan Awam Kanada, Bill Blair dalam satu sidang akhbar, berkata kumpulan yang diasaskan pada 2016 itu dalang utama dalam rusuhan di bangunan Capitol, Amerika Syarikat (AS) yang turut mengakibatkan kematian orang awam, pada 6 Januari lalu.

Menurut kerajaan Kanada, kumpulan neo-Nazi itu turut terbabit dalam keganasan politik dan anggotanya menyokong ideologi benci perempuan, Islamofobia, antiSemitik, antiimigran, dan ketuanan kulit putih.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Back to top button