Tempatan

Kes Hasutan Sultan Selangor Wan Ji, Ditetapkan 7 April

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – Mahkamah Rayuan menetapkan 7 April ini bagi mendengar permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin berhubung kes hasutan terhadap Sultan Selangor, lapor sebuah berita tempatan.

BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P.Ramasamy Ditegur

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

BACA JUGA: Insuran Umrah Turun Mendadak Kepada RM100

Perkara itu disahkan oleh peguam, Sangeet Kaur Deo di mana tarikh itu akan merujuk kepada isu kesahihan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam itu berkata, mahkamah membenarkan penangguhan tersebut berikutan sebelum ini Wan Ji hanya diwakili oleh Ramkarpal Singh dan beliau baru mengambil alih kes berkenaan.

Wan Ji yang merupakan bekas pembantu kepada mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk meneliti isu Perlembagaan yang membabitkan Akta Hasutan bagi menyokong rayuannya dalam mengurangkan hukuman penjara setahun.

Setakat ini, rayuan membabitkan kes hasutan tersebut masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.

Memetik kepada berita itu, Wan Ji telah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun serta denda maksimum RM5,000.

Terdahulu, menurut satu laporan berita, Wan Ji telah didakwa pada 10 September 2014 selepas menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama menerusi Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: