Tempatan

Johor Tubuh Jawatankuasa Banteras Ajaran Sesat Si Hulk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 28 Julai 2023 – Kerajaan Negeri Johor berjaya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat Si Hulk dalam usaha menyekat penyebaran ajaran sesat itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid, jawatankuasa berkenaan melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi memastikan kerjasama dalam pemantauan dan penguatkuasaan.

BACA JUGA: Hentikan Pembinaan Jalan Baharu Habu-Tanah Rata – NGO

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kerjasama dengan Jabatan Imigresen juga akan dimulakan bagi tindakan yang lebih teratur,” tambah beliau.

Lantas itu, Mohd. Fared menggesa orang ramai supaya menolak ajaran sesat itu dengan tidak menyebarkan sebarang video individu-individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat Si Hulk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: