Tempatan

Rabies: Segera Dapatkan Rawatan Jika Digigit, Dicakar Anjing, Kucing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 28 Januari 2023 – Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ooi Choo Huck menasihati orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya digigit atau dicakar anjing mahupun kucing.

Beliau menyarankan langkah sedemikian berikutan penyakit rabies tidak mudah untuk dikenal pasti oleh orang awam.

Dalam pada itu, katanya JKN Sarawak turut menasihatkan orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan rabies antaranya dengan mencuci dengan segera tubuh yang dijangkiti atau dicakar haiwan atau mukosa yang terkena air liur haiwan di bawah air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit selain turut mendapatkan rawatan di Post-Bite Clinic.

Selain itu, orang awam dinasihatkan untuk memastikan vaksin anti-rabies lengkap diterima mengikut janji temu yang ditetapkan oleh pengamal perubatan di samping turut memastikan semua anjing dan kucing peliharaan divaksinasi anti-rabies lengkap setiap tahun.

Beliau berkata, kadar kematian penyakit anti-rabies amat tinggi namun ia dapat dicegah jika luka gigitan atau cakaran dicuci dengan betul diikuti dengan pemberian vaksinasi anti-rabies yang lengkap sebaik selepas gigitan atau cakaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: