Tempatan

Video Muzik Alif Syukri & Baby Shima: Ditegur Kufur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 12 Ogos 2022 – “Ingat, kalau dengan cara ini cara Dato dan Baby Shima nak tunjukkan rasa syukur atas nikmat rupa yang cantik, atas suara yang lunak yang diberikan oleh Allah, kekayaan yang Allah berikan, anak isteri yang baik yang Allah berikan, cara ini nak tunjuk rasa syukur, teruskan,” tegur Furqan Fawwaz, seorang personaliti media kepada usahawan kontroversi, Dato Aliff Syukri.

Teguran itu diberikan berikutan tindakan usahawan sensasi itu yang memuat naik teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang di laman sosial miliknya pada Rabu yang turut menampilkan penyanyi Baby Shima

Dalam teaser itu, dapat dilihat Aliff Syukri dan Baby Shima menunjukkan aksi tarian yang ditegur mencolok mata dan menghairahkan.

Penyanyi kumpulan Zayne itu turut menyelitkan tegurannya terhadap rakaman tersebut dengan memetik surah Ibrahim, ayat 7, yang bermaksud:

“Barang siapa yang bersyukur atas nikmat Aku akan Aku tambahkan dan sesiapa yang kufur nikmat, sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.”

Kata Furqan lagi menerusi laman TikToknya, beliau risau sekiranya cara Aliff Syukri menunjukkan rasa syukurnya itu bertukar menjadi kufur nikmat.

“Tapi kalau ini dipanggil kufur nikmat, sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.”

“Ingat kita ada anak-anak. Generasi yang baru tengok kita, diorang akan ikut. Semua orang berhak untuk bertaubat. Semua orang buat silap. Semoga Allah terima taubat kita semua,” tegas beliau lagi

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: