Antarabangsa

Kami Beri Duit Sumbangan Hindutva Kepada Muslim Advocates – Calon Gabenor Maryland

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANNAPOLIS, 15 Jun 2022 – Calon Gabenor Maryland, John B. King Jr. menolak sumbangan sebanyak $1,500 (RM6,633) yang diterima untuk kempennya selepas mengetahui bahawa pendermanya mempunyai kaitan dengan sentimen Islamofobia dan gerakan fasis Hindutva.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat akan bertanding untuk jawatan Gabenor Maryland dalam pilihan raya seterusnya pada 8 November 2022 itu malah mengambil keputusan mendermakan wang sumbangan Hindutva tersebut kepada Muslim Advocates iaitu sebuah organisasi hak sivil nasional yang memerangi ketaksuban.

John King dan Michelle Siri yang bertanding sebagai Timbalan Gabenor Maryland bertekad dan teguh untuk memastikan kebebasan beragama untuk Muslim, Dalit, Kristian, Sikh, Hindu daripada semua kasta, Yahudi, dan semua kepercayaan dan akidah rakyat Maryland.

Kedua-dua mereka sekaligus mengutuk sekeras-kerasnya pergerakan Hindutva, dan memutuskan bahawa kempen tersebut tidak akan menerima dana yang datang daripada penderma yang mempunyai hubungan dengan Hindutva, demikian akhiri kenyataan kempen King-Siri itu.

Berlainan pula respon daripada Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang lantang menyuarakan sokongan dengan mengatakan bahawa tindakan Nupur Sharma menghina Nabi Muhammad S.A.W. adalah wajar.

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh bekas jurucakap BJP, Nupur Sharma.

Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Leave a Reply

Back to top button