Tempatan

Hilang 70% Pekerja Kemahiran Tinggi, Punca Negara Bergantung Pada Warga Asing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Jun 2023 – Malaysia akan kehilangan 70 peratus pekerja kemahiran tinggi yang mengakibatkan negara terpaksa bergantung penuh kepada warga asing.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, hal ini akan terjadi sekiranya trend lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berterusan dan tiada jalan penyelesaian.

Ujar beliau, bilangan pekerja berkemahiran tinggi bergantung sepenuhnya kepada belia yang melanjutkan pengajian. Walau bagaimanapun, statistik lepasan SPM tidak menyambung pengajian masih berterusan malah secara langsung menjejaskan keperluan tenaga kerja negara.

Data menunjukkan sebanyak 35.16 peratus atau 115,939 pelajar lepasan SPM 2020 dan 48.74 peratus atau 180,680 lepasan 2021 tidak melanjutkan pelajaran.

Manakala pada 2019 pula, kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM juga bertindak sedemikian.

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

BACA JUGA: Malaysia Dinobat ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ & ‘Destinasi Mesra Muslimah Terbaik’ Dunia

BACA JUGA: GEMPAR! Kubu Purba Kota Baitulmuqaddis Ditukar Menjadi Muzium Yahudi

“Apabila tiada belia mahu sambung pengajian, siapakah yang berkelayakan mengisi kekosongan tenaga kerja kemahiran yang ditawarkan pada setiap tahun jika masih kurang produk keluaran pusat pengajian tinggi.”

“Ini amat membimbangkan dan menyebabkan banyak kilang yang telah bertapak di Malaysia sejak sekian lama lari ke negara lain setelah melihat masalah kurang pekerja mahir dalam kalangan warga tempatan. Maka cukai dan pendapatan negara berkurangan,” jelasnya.

Tambah Sahol Hamid, kajian dan tinjauan menunjukkan 80 peratus lepasan SPM tidak menyambung pengajian bukan kerana tidak minat, sebaliknya mempunyai masalah kewangan untuk menyara hidup di kampus.

Sementara itu, Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor. Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose pula berpandangan, Kerajaan perlu menyediakan peluang lain kepada lepasan SPM yang tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya mereka dilengkapkan kemahiran untuk bekerja.

Ujarnya, “Bukan semua dapat masuk universiti, tetapi Kerajaan kena menyediakan peluang lain untuk mereka tidak berbuat demikian dengan sijil kemahiran menjadi pekerja separa mahir.”

“Paling penting kena ada laluan mereka menjalani latihan kemahiran agar mereka tidak ketinggalan dilengkapi generasi berkemahiran tinggi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: