Tempatan

‘Dedak Kanser’: Syarikat Pengeluar Makanan Disaran Guna Formulasi MARDI – TKP MARDI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menawarkan kepada syarikat-syarikat baharu yang ingin memproses makanan ayam untuk menggunakan teknologi yang telah disediakan pihaknya,” ujar Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Penyelidikan), Dr Mohamad Kamal Abdul Kadir.

Menurutnya, Institut Penyelidikan dan MARDI telah lama giat menjalankan penyelidikan semenjak 1970an dengan menggunakan pelbagai sumber tanaman dan bahan sampingan pertanian bagi mengurangkan kebergantungan ke atas bahan import seperti jagung serta mil kacang soya.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat pembuatan dedak ayam atau makanan ternakan sudah mempunyai formula tersendiri menyebabkan mereka sukar untuk beradaptasi atau ‘tidak berminat’ dengan teknologi yang ditawarkan MARDI.

Jelasnya, terdapat banyak penyelidikan dan penilaian yang dilakukan MARDI dan pihaknya bukan tidak mahu mengkomersilkan hasil dapatan itu tetapi sudah tentulah memerlukan syarikat berkenaan untuk tampil dan mengambil teknologi atau sekurang-kurangnya bekerjasama untuk formulasikan bahan makanan ayam yang sesuai sebab MARDI tidak akan menghasilkan dan menjualnya.

“Jadi syarikat-syarikat itulah yang akan komersialkan sebenarnya. Cumanya, syarikat yang ada di Malaysia ini, mereka sudah selesa dengan peralatan atau bahan sedia ada seperti penggunaan jagung serta soya.”

Tambah beliau, mereka sudah ada formulasi tersendiri, jadi sukar untuk mereka ambil formula yang disediakan oleh MARDI.

Bagaimanapun, MARDI turut menawarkan formula baharu untuk pemain industri secara keseluruhan bagi menyelesaikan masalah berkaitan tumbesaran dan kesihatan ayam sehingga menyebabkan bekalan bahan makanan itu terjejas.

Jelas Mohamad Kamal, antara teknologi makanan ayam MARDI dan juga makanan ayam pedaging adalah PKfeed Plus yang menggunakan hampas isirung sawit (PKE) dan ditambah enzim, sekali gus mampu mengurangkan penggunaan soya sebagai sumber protein dan formulasi itu juga mengandungi probiotik yang dapat meningkatkan kesihatan ayam tanpa perlu menggunakan antibiotik atau bahan penggalak pertumbuhan lain.
“Kami memang mahu formula kami dipromosikan supaya syarikat-syarikat terlibat dapat datang serta tengok sendiri,” katanya.

“Sekiranya bimbang berkenaan kesesuaian atau mereka tidak berani. Kita boleh buat penilaian terhadap formulasi makanan ternakan ini, MARDI ada ayamnya sendiri jadi boleh digunakan untuk tujuan tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, tular syarikat gergasi pengeluar makanan ayam di negara ini yang didakwa membekalkan dedak tidak berkualiti kepada penternak kontrak di mana kandungannya dipercayai boleh menjejaskan kesihatan dan dikatakan kandungan dedak itu bertujuan membantutkan tumbesaran ternakan selain untuk menjimatkan kos pengeluaran ia mempunyai kesan negatif kepada manusia seperti kanser.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: