Tempatan

Kalimah Allah: Mustahil Peguam Negara Tarik Balik Rayuan Yang Dibuat Sebelumnya – Mantan Menteri Undang-Undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 – “Satu aspek yang kami persoalkan ialah dia kata ini nasihat daripada Peguam Negara. Siapa Peguam Negara pada masa kes ini difailkan rayuan? Dia adalah peguam negara yang sama yang ada pada hari ini.”

“Logik atau tidak orang yang sama dulu nasihatkan Kerajaan masukkan rayuan, sekarang ni nak nasihatkan Kerajaan untuk tarik rayuan. Munasabah atau tidak?”

BACA JUGA: Anjur Pesta Seks, Jabatan Agama Islam Johor Diarah Ambil Tindakan Segera

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Renggut 2 Juta Nyawa

BACA JUGA: Selesaikan Isu Salah Guna Nama Allah Dalam Tempoh 14 Hari – PEMBELA

“Saya sebagai seorang peguam, kita tahu kalau yang memasukkan rayuan itu, tak mungkin dia sendiri akan menarik balik rayuan kecuali ada arahan-arahan daripada pihak tertentu.” kata mantan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sesi sidang media di luar Dewan Rakyat semalam.

Ujarnya lagi, selepas keluar dari sidang Dewan Rakyat semalam, beliau sempat bertemu dengan Peguam Negara.

“Tapi tuan-tuan, saya kebetulan tadi keluar daripada Dewan tadi, saya berjumpa dengan Peguam Negara. Saya berjumpa di luar. Biarlah saya bertanggungjawab, ini kenyataan saya. Saya tanya, ‘Macam mana Tan Sri?’ ‘Kita dengar je lah jawapan politik’. This is what came out from AG’s mouth. Saya bertanggungjawab atas kenyataan ini. Saya ada saksi pun yang keluar bersama saya tadi,” kata Datuk Seri Takiyuddin.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen PAS Kota Bharu itu turut menuntut agar Kerajaan tidak campur tangan dalam isu kalimah Allah, tetapi melepaskan perkara ini kepada undang-undang.

“Jadi dalam undang-undang ini, let law take its own course. Biarlah undang-undang itu mengambil tempatnya sendiri. Biar Mahkamah buat keputusan. Kerajaan tak boleh campur. Kalau Kerajaan sebagai eksekutif campur tangan dalam Judiciary, inilah yang menjadi masalah,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: