Antarabangsa

Israel Mahu Takluk Palestin Sepenuhnya – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 10 Jun 2022 – Sebuah laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mendedahkan bahawa Israel tidak mempunyai sebarang ‘niat’ untuk menghentikan keganasan mereka ke atas rakyat Palestin.

Bukan itu sahaja, lapor TRT, rejim pengganas zionis tersebut juga berhasrat untuk menguasai Palestin secara menyeluruh.

Menurut laporan tersebut, sekumpulan pihak penyelidik berkaliber daripada PBB telah mengemukakan bukti-bukti kukuh bahawa Israel tidak akan menghentikan operasi penaklukan kawasan Palestin.

Pihak berkuasa Israel juga telah memboikot sebarang siasatan yang dikemukakan oleh PBB dan melarang sebarang siasatan dibuat ke atas rejim kejam mereka, di mana mereka menyatakan bahawa siasatan tersebut kononnya bersifat “berat sebelah” dan “menyemarakkan kebencian terhadap Israel”.

Setakat ini, lebih 700,000 pendatang haram Israel telah menduduki tanah milik rakyat Palestin di kawasan Timur Jerusalem dan Tebing Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: